Sabtu, 10 April 2010

UMNO + APCO = UMCO TERSANGAT MEMBAHAYAKAN

Semasa Datuk Seri Anwar (DSAI) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau disanjung, dikatakan penyelamat Melayu dan Islam. Selepas beliau dipecat dengan tuduhan fitnah jahat yang direkacipta oleh Bapa Firaun/Murtad kononya melakukan liwat, maka sebahagian pengikutnya dalam UMCO turut mengikuti beliau sehinggakan ada yang sanggup dipukul, dibelasah, dikeji dan di ISA kan.

Namun begitulah manusia, semasa dalam UMCO sudah biasa hidup mewah, wang tidak menjadi masalah, kereta mewah, rumah besah dan gagah, perempuan keliling pinggang, maka apabila dirasakan bahawa jika mereka berterusan bersama DSAI, segala yang pernah dirasai dulu tidak akan menjelma kembali maka mereka ini mula mencari alasan untuk menjilat semula UMCO dan mula merekacipta dengan memburuk-burukan DSAI dengan kenyataan tanpa bukti dan saksi.

Yang paling menyedihkan mereka-mereka ini sanggup menuduh DSAI sebagai pengkhianat Melayu Islam, penderhaka, agen Yahudi dan Barat dan berbagai lagi fitnah yang kalau ini berlaku di zaman Saidina Umar dulu pasti mereka ini sudah diistiharkan perang dan bunuh kerana golongan munafik lebih bahaya dari orang kafir. Mereka ini pula kembali kepada UMCO kononya untuk memperjuangkan orang Melayu, menjaga Islam (sedangkan mereka ini kebanyaknya adalah kaki perempuan, kaki judi, kaki arak dan bapa rasuah), untuk menjaga Negara kononya.

Kini setelah pendedahan dibuat oleh DSAI bahawa kerajaan dan UMCO adalah petualang sebenar, pengkhianat sebenar apabila membawa masuk syarikat milik Yahudi/Zionis ke dalam Negara untuk memantau system maklumat Negara termasuk PDRM. Perlu ditanya kini kepada puak-puak ini, siapakah sebenarnya pengkhianat, perderhaka dan bakal menggadaikan Negara? UMCO (UMNO) atau DSAI? Seandainya kita kiaskan bahawa tuduhan terhadap DSAI atas dakwaan liwat itu memang benar berlaku (tetapi dalam Islam wajib kemukakan saksi 4 orang yang benar dan melihat perbuatan itu), itu hanyalah melibat beliau dengan orang yang diliwat, tidak membahayakan atau memberi kesan pada rakyat, Negara dan agama. Hanya beliau dua orang saja yang terlibat. Tidak mengancam keselamatan Negara. Itu urusan beliau dengan Allah.

TETAPI penglibatan UMCO (UMNO) dengan Yahudi/Zionis yang telah dan akan melibatkan serta mengancam keselamatan seluruh rakyat dan Negara hatta agama sendiri bakal menjadi hancur. Negara bakal tergadai, rakyat bakal menjadi pelarian dan mungkin dibunuh, malahan aqidah umat Islam bakal terancam. Inilah kerja dan angkara UMCO (UMNO).

Jadi persoalanya yang perlu kita tanya kepada katak-katak dan pencium punggung Najib dan Rosmah ini, antara DSAI dan UMCO siapa sebenarnya lebih berbahaya dan menjadi pengkhianat? Kita juga wajib bertanya kepada tokoh agama pak turut termasuk Mufti yang menjadi barua kepada UMCO, apakah hukumnya menyokong kerajaan dan mengundi UMNO yang jelas bersubahat dan meminta bantuan dari Yahudi/Zionis ini?

Bukankah hukumnya jelas HARAM dan boleh membawa kepada MURTAD kepada mana-mana umat Islam yang menyokong kerajaan dan mengundi UMNO? Apakah jika Yahudi/Zionis itu adalah golongan yang dilaknat maka UMNO yang bekerjasama dan menjadi talibarut Yahudi/Zionis ini tidak termasuk dalam puak yang dilaknat juga? Penyokong dan pengundi UMNO, apakah mereka juga tidak termasuk dalam puak yang dilaknat?

PERKASA yang kononya pejuang Melayu dan Islam, kini mereka adalah sebahagian dari UMNO, bermakna mereka juga adalah pengkhianat Melayu dan Islam kerana sudah tahu yang UMNO itu sekutu Yahudi/Zionis, kini Perkasa telah bersama UMNO. Maka sesiapa saja yang berkerjasama dengan UMNO, menyokong, mempertahankan UMNO adalah talibarut Yahudi/Zionis sebenarnya. Inilah wajah pengkhianat dan perosak bangsa dan agama sebenarnya. Mereka ini semua hanya berjuang untuk kepentingan diri, untuk mendapat wang, harta dan nama saja. Pada umat Islam Palestin, UMNO dan sekutunya adalah merupakan talam dua muka, gunting dalam lipatan, apa dalam sekam kerana sanggup bekerjasama, duduk semeja, makan bersama dengan golongan Yahudi yang selama ini menzalimi dan membunuh umat Islam di Palestin hatta di serata dunia sekali pun.

Bangkitlah saudara-saudara ku. Tumbangkan, tentang dan jatuhkan UMCO pada pilihanraya akan datang. Anggaplah ini perjuangan ini sama seperti menentang dan menjatuhkan Yahudi/Zionis juga. Kerana UMNO adalah barua dan talibarut Yahudi/Zionis yang sebenarnya dalam Negara kita. Dan bekas-bekas sahabat DSAI yang mengutuk dan menghina beliau sekarang ini juga sedang membaca skrip yang disiapkan oleh Najib, Rosmah dan juga UMCO. Jika percaya dengan mereka ini, samalah seperti kita percaya pada cakap-cakap puak Yahudi juga.

Kita Tanya dengan Mufti, dengan Katak-katak dan dengan pengampun UMNO, antara PAS + DAP dengan UMNO + APCO (Yahudi/Zionis yang telah banyak membunuh umat Islam dan merampas tanah dan Negara umat Islam), siapa yang lebih bahaya? DAP atau AMCO? Atau Mufti dan kata-katak lebih bahaya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan