Isnin, 19 April 2010

DATANG MU TIDAK DIUNDANG PERGI MU TIDAK DIHALANG


Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".

Ia adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR, Latheefa Koya.

Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.

"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Dr Halili, anak jati Hulu Yam di sini dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tetapi sebaliknya kepimpinan parti itu memilih Zaid.

Keputusan Dr Halili itu adalah perkembangan terbaru dalam rentetan tindakan pemimpin bahagian dan wakil rakyat PKR untuk keluar parti itu tahun ini.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, tindakan keluar parti itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Bernama

Jumaat, 16 April 2010

4 PENJURU PRK P.094 HULU SELANGOR


Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk dua sebagai calon Bebas.

BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala Pakatan Rakyat pula Datuk Zaid Ibrahim.

Dua calon Bebas yang mengemukakan ialah Johan Mat Diah dan VS Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.

Sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi dan tempoh bantahan selama sejam akan berakhir 11 pagi.

Semalam SPR memaklumkan sebanyak 37 borang penamaan calon dikeluarkan.

Dalam pada itu, seorang guru J. Anuradha mendakwa dia gagal jadi calon Bebas sebab telah dihalang dari mengemukakan borang penamaan calon.

Johan, 31, seorang peniaga yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan bersama isterinya merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.

Johan juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa slogan 'Johan Rakyat, Kualiti Diutamakan' berupaya menarik sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

Beliau dilaporkan telah dipecat serta-merta dari UMNO kerana menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di dalam PRK ini.

Sementara V. S. Chandran, 56, mantan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, yang sedang digantung setahun oleh parti berkata berliau bertanding kerana beliu adalah anak tempatam.

"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini,” kata ahli perniagaan itu yang digantung keahliannya tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

Sabtu, 10 April 2010

UMNO + APCO = UMCO TERSANGAT MEMBAHAYAKAN

Semasa Datuk Seri Anwar (DSAI) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau disanjung, dikatakan penyelamat Melayu dan Islam. Selepas beliau dipecat dengan tuduhan fitnah jahat yang direkacipta oleh Bapa Firaun/Murtad kononya melakukan liwat, maka sebahagian pengikutnya dalam UMCO turut mengikuti beliau sehinggakan ada yang sanggup dipukul, dibelasah, dikeji dan di ISA kan.

Namun begitulah manusia, semasa dalam UMCO sudah biasa hidup mewah, wang tidak menjadi masalah, kereta mewah, rumah besah dan gagah, perempuan keliling pinggang, maka apabila dirasakan bahawa jika mereka berterusan bersama DSAI, segala yang pernah dirasai dulu tidak akan menjelma kembali maka mereka ini mula mencari alasan untuk menjilat semula UMCO dan mula merekacipta dengan memburuk-burukan DSAI dengan kenyataan tanpa bukti dan saksi.

Yang paling menyedihkan mereka-mereka ini sanggup menuduh DSAI sebagai pengkhianat Melayu Islam, penderhaka, agen Yahudi dan Barat dan berbagai lagi fitnah yang kalau ini berlaku di zaman Saidina Umar dulu pasti mereka ini sudah diistiharkan perang dan bunuh kerana golongan munafik lebih bahaya dari orang kafir. Mereka ini pula kembali kepada UMCO kononya untuk memperjuangkan orang Melayu, menjaga Islam (sedangkan mereka ini kebanyaknya adalah kaki perempuan, kaki judi, kaki arak dan bapa rasuah), untuk menjaga Negara kononya.

Kini setelah pendedahan dibuat oleh DSAI bahawa kerajaan dan UMCO adalah petualang sebenar, pengkhianat sebenar apabila membawa masuk syarikat milik Yahudi/Zionis ke dalam Negara untuk memantau system maklumat Negara termasuk PDRM. Perlu ditanya kini kepada puak-puak ini, siapakah sebenarnya pengkhianat, perderhaka dan bakal menggadaikan Negara? UMCO (UMNO) atau DSAI? Seandainya kita kiaskan bahawa tuduhan terhadap DSAI atas dakwaan liwat itu memang benar berlaku (tetapi dalam Islam wajib kemukakan saksi 4 orang yang benar dan melihat perbuatan itu), itu hanyalah melibat beliau dengan orang yang diliwat, tidak membahayakan atau memberi kesan pada rakyat, Negara dan agama. Hanya beliau dua orang saja yang terlibat. Tidak mengancam keselamatan Negara. Itu urusan beliau dengan Allah.

TETAPI penglibatan UMCO (UMNO) dengan Yahudi/Zionis yang telah dan akan melibatkan serta mengancam keselamatan seluruh rakyat dan Negara hatta agama sendiri bakal menjadi hancur. Negara bakal tergadai, rakyat bakal menjadi pelarian dan mungkin dibunuh, malahan aqidah umat Islam bakal terancam. Inilah kerja dan angkara UMCO (UMNO).

Jadi persoalanya yang perlu kita tanya kepada katak-katak dan pencium punggung Najib dan Rosmah ini, antara DSAI dan UMCO siapa sebenarnya lebih berbahaya dan menjadi pengkhianat? Kita juga wajib bertanya kepada tokoh agama pak turut termasuk Mufti yang menjadi barua kepada UMCO, apakah hukumnya menyokong kerajaan dan mengundi UMNO yang jelas bersubahat dan meminta bantuan dari Yahudi/Zionis ini?

Bukankah hukumnya jelas HARAM dan boleh membawa kepada MURTAD kepada mana-mana umat Islam yang menyokong kerajaan dan mengundi UMNO? Apakah jika Yahudi/Zionis itu adalah golongan yang dilaknat maka UMNO yang bekerjasama dan menjadi talibarut Yahudi/Zionis ini tidak termasuk dalam puak yang dilaknat juga? Penyokong dan pengundi UMNO, apakah mereka juga tidak termasuk dalam puak yang dilaknat?

PERKASA yang kononya pejuang Melayu dan Islam, kini mereka adalah sebahagian dari UMNO, bermakna mereka juga adalah pengkhianat Melayu dan Islam kerana sudah tahu yang UMNO itu sekutu Yahudi/Zionis, kini Perkasa telah bersama UMNO. Maka sesiapa saja yang berkerjasama dengan UMNO, menyokong, mempertahankan UMNO adalah talibarut Yahudi/Zionis sebenarnya. Inilah wajah pengkhianat dan perosak bangsa dan agama sebenarnya. Mereka ini semua hanya berjuang untuk kepentingan diri, untuk mendapat wang, harta dan nama saja. Pada umat Islam Palestin, UMNO dan sekutunya adalah merupakan talam dua muka, gunting dalam lipatan, apa dalam sekam kerana sanggup bekerjasama, duduk semeja, makan bersama dengan golongan Yahudi yang selama ini menzalimi dan membunuh umat Islam di Palestin hatta di serata dunia sekali pun.

Bangkitlah saudara-saudara ku. Tumbangkan, tentang dan jatuhkan UMCO pada pilihanraya akan datang. Anggaplah ini perjuangan ini sama seperti menentang dan menjatuhkan Yahudi/Zionis juga. Kerana UMNO adalah barua dan talibarut Yahudi/Zionis yang sebenarnya dalam Negara kita. Dan bekas-bekas sahabat DSAI yang mengutuk dan menghina beliau sekarang ini juga sedang membaca skrip yang disiapkan oleh Najib, Rosmah dan juga UMCO. Jika percaya dengan mereka ini, samalah seperti kita percaya pada cakap-cakap puak Yahudi juga.

Kita Tanya dengan Mufti, dengan Katak-katak dan dengan pengampun UMNO, antara PAS + DAP dengan UMNO + APCO (Yahudi/Zionis yang telah banyak membunuh umat Islam dan merampas tanah dan Negara umat Islam), siapa yang lebih bahaya? DAP atau AMCO? Atau Mufti dan kata-katak lebih bahaya?

ADAKAH MALAYSIA MASIH SELAMAT DIDUDUKI??

Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.
"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.
Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya.
6 April lalu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar mendedahkan perisik Israel wujud di Bukit Aman.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat pendedahan berkenaan ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Menurut Anwa
r penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.
Dakwanya lagi, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

MAHASISWA BUKAN BODOH!!!


"Beban kata ‘maha’ kerap kali terlalu besar untuk dipikul para siswa. ‘Maha’ membawa makna agung, unggul dan terbaik sedangkan siswa tidak sering begitu.

Siswa kini tidak lebih daripada bakal buruh-buruh dengan kepandaian menaip, menyusun fail dan mencatat minit mesyuarat. Jangan paksakan mereka dengan kerumitan lain kerana pasti itu tidak akan tertampung oleh mereka.


Penyakit ini kini menjadi wabak nasional, tidak kira siswa dari universiti mana pun–baik universiti APEX, universiti penyelidik sampailah universiti sintok – semuanya tidak immune dengan wabak ini. Lebih haru lagi, penyakit ini bukan hanya hinggap pada siswa – siswa ‘biasa’ sahaja, malah menjangkiti sama ‘pimpinan tertinggi (maha)siswa’ juga.Siswa kini tidak lagi mampu untuk menerajui isu.

Mereka hanya menjadi tukang-tukang sorak kepada apa-apa sahaja agenda pemerintah. Tidak kurang juga yang menjadi ‘ lebih jilat dari lidah kontot’ apabila dengan terkocoh-kocoh mengiakan segala kata pemerintah walaupun belum tuntas butir tujuannya.

Kerling sedikit penubuhan Sahabat Satu Malaysia di universiti yang jelas hanya mahu bertenggek di celah-celah politikus opportunis yang bersepah serata universiti. Mereka sibuk melekatkan slogan 1Malaysia dalam setiap program anjuran mereka tapi tidak pula berminat untuk membuka wacana tentangnya.

Jangan soal.Pegawai-pegawai universiti ini pula sama bebal dengan meluluskan kebanyakan program yang hujungnya ada slogan ‘ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ tanpa banyak kira. Lagi pula apa mereka peduli, “1Malaysia itukan agenda nasional…” Pegawai-pegawai universiti ini juga–khususnya di bahagian Hal Ehwal Pelajar (kini ‘dijenamakan semula’ dengan Pusat Perkembangan Pelajar) – bukan sahaja patuh dan taat setia kepada status-quo universiti, malah sebahagian daripada mereka akan seboleh mungkin meredam aktiviti siswa- bukan Aspirasi/UMNO.

Apakah keuntungannya buat mereka jika Aspirasi kekal menang di kampus? Gaji mereka bukan ditentukan oleh situasi politik kampus. Tambah pelik lagi, jika sungguh pun ada arahan untuk mengekang aktiviti pelajar yang dilihat ‘subersif’ apa perlunya mereka bertungkus-lumus pula memenangkan Aspirasi? Mana datangnya ketaksuban para aparat universiti ini dengan politik kampus?

Kesetiaan sebahagian daripada kakitangan/pegawai universiti terhadap status-quo politik kampus ini amat penting untuk difahami kerana mereka ini menurut Gramsci bukan hanya dihegemoni oleh kekuasaan pemerintah, malah berperanan mengukuhkannya pula. Mudahnya kita namakan keadaan ini sebagai kitaran pembodohan. Sekarang mari kita fahami operasi kitaran ini.

Sebagaimana yang difahami umum, setiap aktiviti kelab dan persatuan (termasuk organisasi urusetia) adalah di bawah kawalan unit Hal Ehwal Pelajar/ Pusat perkembangan Pelajar (HEP/PPP). Oleh itu, bukanlah suatu yang pelik jika persatuan/ kelab ini lebih ‘mesra Aspirasi’.

Mereka ini akan diasuh oleh HEP/PPP untuk menguruskan organisasi mereka seperti tatacara mesyuarat tahunan, menulis surat mohon kelulusan program, peruntukan dan protokol majlis untuk jemputan VVIP. Mereka tidak pula didorong untuk benar-benar memahami isu dan tema program yang mereka anjurkan. Hal ini kerana para pegawai HEP/PPP ini bukanlah terdidik dalam displin ilmu khusus bagi setiap persatuan/ kelab.

Mungkin sebahagiannya hanya lulusan diploma pengurusan pejabat UiTM dan mereka inilah yang akan menentukan boleh atau tidak program pelajar dijalankan.Maka, apabila persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan forum Kebudayaan Kebangsaan, hal yang akan diberi perhatian adalah soal format surat menyurat, protokol majlis, senarai jemputan, dan bunga manggar. Mutu forum lansung tidak diendahkan.

Maka, hasilnya forum tersebut akan megah dan mewah dengan segala macam hiasan, namun isinya hampa.Dalam masa yang sama, para pelajar ini akan terkongkong dalam universiti kerana sebahagian daripada masa dan daya mereka ditumpukan pada soal pengurusan birokrasi ini. Mereka akhirnya menjadi amat mahir menghafal setiap unit dan jabatan pentadbiran universiti.

Perkara ini bukan sahaja menjadi kebanggaan mereka, malah diwajibkan pula ahli-ahli baru persatuan/kelab untuk turut menghafal nama pegawai setiap unit/jabatan.Hujahnya mudah untuk mendapat kerja kelak kerana ada soft skill. Ironinya, sebahagian daripada mereka ini merupakan pelajar lanjut (extend) akibat terlalu leka dengan ‘pengurusan’ persatuan sehingga menangguhkan pengajian.Akibat terlalu lama (4 hingga 5 tahun) ‘menguruskan’ persatuan, mereka ini terhisap terus dengan struktur sedia ada.

Baik daripada cara fikir sehingga membawa kepada cara pakai. Mereka ini mudah dikesan melalui penampilan–berseluar slack hitam dengan baju kemeja (kadang kala berbaju batik), dan sering terlihat mundar mandir di pejabat kedekanan atau HEP/PPP sambil membimbit fail lengkap dengan lambang universiti. Pelajar ini tanpa sedar menjadi tua sebelum usianya.Oleh kerana itu, apabila para pelajar ini menamatkan pengajian, dengan mudahnya mereka diterima sebagai kakitangan universiti (pastinya sebagai kakitangan pengurusan, bukannya akedemik).

Pertamanya kerana hubungan baik mereka dengan pegawai sedia ada dan keduanya kerana kemahiran ‘pengurusan’ yang mereka miliki. Justeru dengan jawatan sedikit tinggi daripada peon, pelajar ini menjadi ‘budak pejabat’ yang disegani. Tambah bebal lagi, mereka ini kemudianya diangkat sebagai penasihat kepada persatuan/kelab di HEP. Maka kitaran kebodohan ini pun lengkap satu pusingan. Tidak hairan juga, mereka ini amat fanatik dengan Aspirasi kerana ketika menjadi pelajar mereka amat aktif dalam persatuan-persatuan tajaan universiti.

Bagi memastikan kitaran pembodohan ini tidak terurai; diperkenalkan pula konsep seniority. Harus diingat, para senior yang telah menjadi kakitangan universiti ini tidak mempunyai autoriti karismatik (kebanyakannya pelajar extend) maka bagi membolehkan kata-kata diterima oleh generasi baru persatuan, konsep seniority ini merupakan pilihan terbaik.

Melalui konsep ini, persatuan harus sentiasa merujuk senior untuk membuat sebarang keputusan dan keputusan tertinggi dibuat oleh lembaga khas yang dianggotai oleh kakitangan universiti (merangkap alumnai persatuan).Hasilnya, persatuan kekal statis dengan program sedia ada dan gagal menjadi medium untuk pelajar berdikari. Senior diimani dengan kepercayaan lebih tahu daripada junior.

Bayangnya betapa bebalnya pelajar-pelajar ini, sedangkan umumnya mereka ini dikategorikan sebagai pimpinan persatuan pelajar. usah diperkirakan lagi pelajar yang memang culas mengambil pusing soal berpersatuan. Tidakkah hal ini benar-benar merupakan krisis pendidikan tinggi di negara ini?

Sebagaimana inti pemikiran Gramsci tentang hegemoni; Selepas pemikiran dikuasai, maka, tangan, kaki dan badan akan menuruti. Maka sesudah itu idea akan terhenti dan masyarakat membeku mati.Maka di sinilah benarnya kata – kata W.S Rendra dasar pendidikan kita adalah kepatuhan, bukan pertukaran fikiran; sehingga kata maha terlalu beban buat siswa. 
"

Rabu, 7 April 2010

SELAMATKAN ISLAM

Ketika mana Barat cuba mencampuri urusan pendidikan al-Azhar antara desakan mereka supaya al-Azhar membuang dari module pengajaran ayat-ayat al-Quran yang menyebut Yahudi dan Nasara, disamping supaya membuang ayat-ayat jihad supaya tidak melahirkan golongan teroris. Di Pakistan, banyak pusat pengajian dan Madrasah diarah tutup kerana dituduh sebagai pusat melahirkan pengganas. Begitu juga di India. Visa tidak dikeluarkan kepada pelajar-pelajar asing yang ingin menuntut di Madrasah termasuk di Lucknow dan Deorband.

Di South Afrika, semua mudir-mudir dipanggil dan diberi tekanan supaya tidak mengambil pelajar asing dengan alasan tidak menjadi pusat pengumpulan bakal pengganas. Ini sebenarnya bukan perkara baru, tindakan ini sudah diambil ketika Kamal attarturk mensekularkan Turki dengan menutup Madrasah yang mengajar bahasa Arab dan Tahfiz al-Quran.
Tidak ketinggalan di Malaysia. Zionis dan puak Barat berselindung disebalik globalisasi menekan dan mendesak negara-negara umat Islam supaya mengambil tindakan dan cuba mengecilkan bilangan serta penuntut agama di semua institusi khususnya swasta. Bermula dengan pendidikan dualisme serta pendidikan sekualar di sekolah-sekolah kebangsaan. Menghilangkan tulisan jawi yang menjadi khazanah ilmu orang melayu. Melakukan diskriminasi terancang terhadap institusi pengajian Islam sehinggalah memulakan tekanan terhadap SAR dengan perampasan perkapita. Menawarkan tawaran SABK yang akhirnya dirampas pengurusan dan pentadbirannya. Menawarkan guru-guru yang berkhidmat di SAR agar berkhidmat dengan kerajaan. Menyukarkan para pelajar untuk menyambung pengajian mereka di sekolah kerajaan maupun pusat pengajian tinggi. Mewajibkan SPM dan STAM serta menbatalkan pengiktirafan sijil Diploma ke tahun akhir Universiti al-Azhar dan Timur Tengah (3+1).

Ianya bukan sekadar cakap-cakap atau tuduhan serta fitnah melulu tetapi pengalaman saya sendiri yang mebuka Madrasah Darul Bayan semenjak 16 tahun yang lalu. Bermula dengan Pondok, Ma’had Tahfiz, Sek. Ren Islam dan Sek. Men. Islam, saya mengalami sendiri dengan berbagai tribulasi. Pernah diarah tutup madrasah, pernah dituduh sebagai penyebar ajaran sesat, di pecat dari jawatan pensyarah, guru dan Imam Masjid Pinang Merah dipanggil ke balai polis dan diugut dengan pelbagai ugutan, di sita bangunan, di tarik elaun imam dan bilal masjid, peruntukan pembangunan masjid , zakat untuk pelajar (semasa kerajaan Pas) kini ditarik balik, menyita bangunan, menafikan sebarang bantuan dan seribu macam kerenah bahkan keizinan untuk mengutip derma pun tidak diberikan dengan alasan takut kepada pemimpin UMNO-BN.

Tidak menghairankan apabila tindakan pemimpin UMNO-BN yang terbaru adalah berusaha untuk menutup Masjid Pasir Mina di Kemaman dan arahan tutup kepada Pondok al-Mustaqim di Binjai. Mereka lebih cemburu apabila melihat pelajar-pelajar yang menuntut pengajian Islam atau masjid-masjid yang makmur berbanding masjid mereka yang tersergam indah tetapi umpama kubur tempat pengkalan si mati. Mereka hanya mengutip tabung derma untuk dilapurkan ke pejabat agama untuk melihat angkanya berbanding menggunakan untuk menghidupkan majlis agama dan kuliah-kuliah. Sedangkan disana banyak lagi kerja lain yang boleh mereka fikirkan untuk penyelesaian. Pusat-pusat snooker, tempat judi, tempat hiburan yang masih lagi berselerak. Itu belum kira dengan masalah remaja, dadah, maksiat dan sebagainya. Tetapi kerana semua hal tersebut tidak memberi jejas kepada UMNO-BN maka ia biarkan sahaja tetapi pusat-pusat pengajian ini akan memberi kesedaran Islam dan mendorong masyarakat memberi sokongan kepada parti Islam.

Apatah lagi apabila Yahudi APCO Worldwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia, sudah tentu para serigala ini pasti akan menjadikan ayam sebagai sasarannya. Berselindung disebalaim pejabat agama, majlis bandaran dan pejabat tanah lalu keluarlah berbagai arahan yang selari dengan penasihat mereka dan selari pula dengan kepentingan politik mereka. Sedangkan mereka lupa peingatan Allah bahawa orang-orang Yahudi ini terlalu mendendami umat Islam sebagaimana firmanNya:-

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Al-Maidah : 82

Mereka pasti membuat perancangan untuk mengikuti mereka. Dan neraca zahirnya amat mudah. Jika kita lakukan kerja-kerja yang bertentangan dan menghalang segala kerja-kerja Islam maka itulah kehendak Yahudi dan Nasara.

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al-Baqarah: 120

Itulah sebabnya Allah melarang mereka diambil sebagai teman, pemimpin dan penasihat bagi kamu nescaya pasti akan mengikuti mereka. Dimana mufti dan para ulama mereka. Tidakkah dinasihati pemimpin-pemimpin mereka. Lupakah mereka dengan firman Allah:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Al-Maidah: 51
 
Melihat kepada tindakan kerajaan pimpinan Mat Said, apakah mereka juga menerima nasihat langsung dari APCO sebagaimana Najib menerima nasihat mereka? Adakah pegawai-pegawai yang mengeluarkan arahan penutupan Pondok Mustaqim itu juga mendapat arahan APCO? Atau APCO dah bukak oficenya kat Kemaman? Sebab tindakan dan arahan itu menyerupai tindakan Yahudi dan Barat di Mesir, Afghanistan dan Pakistan. Siapa yang boleh berikan jawapan? Atau serahkan Datuk V K Linggam yang jawab sebagaimana kata-katanya yang masyhur : Its looks like me (APCO), its sounds like me (APCO)..”
 

Khamis, 1 April 2010

SIAPA CALON PRK HULU SELANGOR ???

Mana-mana ahli dari Parti Keadilan Rakyat yang masih mahu mengemukakan nama calon untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, boleh berbuat demikian dengan segera.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membuat penilaian terlebih dahulu bersama Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Ketua DAP, Lim Kit Siang sebelum membuat keputusan menetapkan pengganti kepada penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), nama yang mula diperkatakan ialah Syed Shahir Syed Mohamud (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr Badrol Amin Bahrom (Naib Ketua Perhubungan PKR Selangor), Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), dan Datuk Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR cabang Hulu Selangor).

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham mencadangkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin untuk bertanding di kerusi tersebut.

Turut disebut nama Datuk Ismail Kamus yang tewas di tangan di Palanivel pada PRU 2004 untuk bertanding kerana sebelum PKR, Pas telah bertanding di kerusi tersebut.

Dalam tinjauan blog Sharpshooter, Ustaz Dr Badrul Amin mendahului calon-calon lain dengan mendapat undi 309 (46%) dan diikuti dengan Zaid Ibrahim 213 undi (31%)

Dalam perbualan saya melalui telefon bersama Ustaz Dr Badrul Amin semalam, beliau berkata beliau sedia bertanding jika itu keputusan Parti.

Tetapi bagi beliau apa yang lebih penting adalah Pakatan Rakyat berjaya kekalkan kemenangan di Hulu Selangor.

UMNO dan MIC terus bergolak dan berkocak soal kerusi dan calon. Beranikah UMNO dan mampukah UMNO rampas kerusi tersebut.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

MAJALAH KARTUN ISU KATAK DAN KONFIRASI ANWAR II

AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan majalah terbaru Zunar berjudul Isu Dalam Katak. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat 2 April, jam 11 pagi di restoran Pak Amjal, Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Isu Dalam Katak adalah sebuah majalah kartun isu semasa yang dihasilkan oleh Zunar serta kartunis-kartunis seperti Jonos, Ronasina, Art, Lan dan Naza.

Tempat tersebut dipilih kerana kami mahu venue pelancaran kali ini lebih dekat kepada rakyat, iaitu di sebuah restoran tepi jalan berbanding hotel atau dewan.

Restoran Pak Amjal terletak di tengah laluan, dengan itu memudahkan orang ramai untuk hadir dan bertemu dengan kartunis-kartunis kami. Selain itu ia terletak berhadapan pintu masuk Universiti Malaya, dengan itu memberi kemudahahan kepada mahasiswa untuk hadir bersama. Sebagai tambahan, kami menawarkan diskaun istimewa kepada mahasiswa untuk membeli produk-produk kami ketika pelancaran. Selain majlis pelancaran dan ramah mesra, juga diadakan sesi bertemu kartunis, karikatur dan bacaan puisi. Majlis akan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen "wilayah katak"yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia.

Selain itu, ada kartun khas tentang kes fitnah Kedua terhadap Anwar Ibrahim, Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 membawa kepada kepincangan konspirasi kedua.

Juga komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi 20 September 1998 di lokap Bukit Aman.

Kartunis penyumbang ialah Enot, Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy, Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih. Manakala penulis ialah Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok Wan.

Ia setebal 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Pada 20 Mac lepas, sepasukan polis dari IPD Jasin Melaka merampas majalah-majalah kartun kami -- Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia.

Februari lepas, majalah sama juga dirampas di Seberang Jaya, Butterworth, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi di Pulau Pinang.

Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur Juga dirampas ialah plat dari kilang percetakan.

Semua majalah ini boleh dibeli secara online di website www.cartoonkafe.com atau email kepada cartoonkafe@gmail.com atau hubungi pejabat Sepakat di 03 22744931 untuk keterangan lanjut.

Zunar (Zulkiflee Anwar Haque)
Pengarah Urusan/Ketua Pengarang
Sepakat Efektif sdn bhd

UMNO SEMAKIN GERUN DENGAN PAKATAN RAKYAT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa kakitangan kerajaan diwajibkan menyertai program Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan menjadi syarat kenaikan pangkat oleh kakitangan kerajaan.

Sedangkan, menurutnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, BTN merupakan alat doktrinisasi Umno yang sememangnya bertentangan dengan semangat 1Malaysia, yang mengiktiraf status semua kaum.

Disebabkan itu, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menjelaskan sebab musabab kerajaan menguatkuasa kewajipan tersebut.

Menjawab soal itu dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Dr Koh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun meneliti silibus BTN.

Daripada penelitian Najib, beliau yang juga Presiden Gerakan berkata, sekiranya terdapat kelemahan seperti yang didakwa oleh Lim, maka kerajaan akan memperbaiki silibus tersebut supaya selari dengan wawasan 1Malaysia.

BUKAN ITU SAHAJA.DI PULAU PINANG, TAKUTNYA UMNO HINGGA SEDANG MENGUMPULKAN KAUM PENDIDIK YANG DIKATAKAN MENYOKONG PAKATAN RAKYAT.SEMAKIN BANYAK YANG DI TUKARKAN SEMAKIN BANYAK JUGA CAWANGAN DAN KEMPEN YANG AKAN DI JALANKAN.

NAMUN YANG MEROSAKKAN DAN YANG KERAP PONTENG KERJA BUKAN AHLI PAKATAN.TETAPI KETUA PEMUDA YANG MENJADI GURU.ANTARANYA CIKGU HASBUL YANG DI KATAKAN KETUA PEMUDA UMNO TASEK GELUGOR.

DAN BENGONGNYA PEMUDA UMNO TASEK GELUGOR MEMILIH ORANG KELANTAN MENJADI KETUA PEMUDA. DI KELANTAN SEDNIRI PUN ORANG TOLAK UMNO, MACAMANA AMBIK ORANG KELANTAN JADI KETUA PEMUDA UMNO.