Selasa, 24 Februari 2009

V.SIVAKUMAR VS DR ZAMRY (MBH)

Najib memang mudah lupa bak kata mahadir..

Najib terlupa yang :
- Speaker DUN masih lagi kekal dari Adun DAP.
- Sidang DUN pada bulan depan akan dimasuki oleh MBH (Menteri Besar Haram) yang berspeakerkan Adun Pakatan Rakyat.Ada dua perkara di sini :

PERTAMA :
- Speaker tidak boleh dipecat begitu sahaja.
- Speaker hanya boleh dilucutkan jawatan
dengan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.
- Speaker ada KUASA MUTLAK untuk menerima atau menolak usul tersebut
(sama macam undi tak percaya di Parlimen, Pandikar Amin boleh tolak usul begitu sahaja)
- SAMPAI BILA-BILA pun Speaker tidak akan terima usul undi tidak percaya terhadapnya, jadi SAMPAI BILA-BILA pun lah MBH tak boleh tukar Speaker tu KECUALI - DUN dibubarkan!

KEDUA :
- Speaker tidak iktiraf MBH sebagai MB Perak, MB Nizar MASIH Menteri Besar Perak.
- Peraturan tempat duduk & aturan persidangan KUASA MUTLAK SPEAKER.
- Malah Speaker boleh HALAU Adun Jelapang, Changkat Jering & Behrang sebab
pada pandangan dia, ketiga-tiga Adun ini telah terlucut jawatan wakil rakyat.
- MBH tak boleh halang Speaker sebab MBH tiada kuasa.
- Jangan kata MBH nak lucut jawatan Speaker, Sultan Perak pun tidak boleh pecat Speaker.Jadi, persidangan DUN Perak akan berjalan seperti biasa.

MB Nizar duduk di meja MB, MBH duduk di meja ketua pembangkang.BN TAKUT nak buat undi tidak percaya terhadap MB Nizar di Dewan Undangan Negeri sebab BN tahu, Speaker ada KUASA MUTLAK untuk tolak usul undi tidak percaya itu, sama seperti Pandikar Amin tolak usul undi tidak percaya DSAI kepada Pak Lah.Sebab itu, rakyat Perak (Non-BN) tidak perlu risau dengan MBH yang ditabalkan di bawah pokok ketapang ini. MBH TIADA KUASA DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.

Rabu, 18 Februari 2009

MENGENAI ISU TANAH DI PERAK

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).Posted by alhusseyn "

MANER MIKE NAK LARI

Hari ini satu laporan rasuah telah dibuat oleh Drs.Khalil Idham Lim terhadap 3 atlit pelompat malaysia iaitu Osman Jailu,Jamalludin Md Radzi dan Hee Yit Fong kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) berikutan kes rasuah terhadap ketiga-tiga atlit ini.Turut hadir para peminpin dan penyokong pakatan rakyat,diharap mereka yang bertangungjawab bersedia atas tindakan yang bakal diterima berani buat berani tanggung lu pikir la sendiri...

Isnin, 16 Februari 2009

CERAMAH ISU SEMASA DI SG GAU,TEMERLOH








Ceramah isu semasa telah diadakan di sg gau,temerloh ribuan penyokong dari pakatan rakyat hadir untuk turut serta untuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh TGHH dan YB Mahfuz Omar serta kelab-kelab penyokong pas.Ceramah ini bertujuan menerangkan situasi yang terjadi di perak,di anggarkan lebih kurang 5000 orang hadir.Diadakan pada 14&15 pada hari pertama saya di maklumkan saudara muhammad sabu yang memberi ceramah tersebut.Saya sertakan gambar-gambar yang diambil pada malam akhir ceramah maaf kerana camera tak berapa mahal gambar kurang jelas..








Rabu, 11 Februari 2009

UMNO/BN DAN TV3 HIPOKRIT....

Assalamualaikum...telah berbunyilah suara-suara sumbang dari golongan puak UMNO yang mengesa kepada penangkapan Ir Mohd Nizar Jamalludin di war-warkan menderhaka kepada sultan disebabkan beliau engan melepaskan jawatan MP perak,begitu juga tv3 suku yang berulang kali mengnyiarkan demontrasi puak UMNO yang kononya menjulang sultan.Mengapa semasa pelantikan MB terengganu idris yusuf dan ahmad said dahulu tv3 suku tak tunjuk demontrasi dari geng idris yusuf yang membawa kain rentang tertulis "Kami nak Idris natang(binatang).."! natang tu ditujukan kepada sultan terengganu.Apakah itu tidak dikira menderhaka kepada sultan oleh puak UMNO,kemana GPMS pada mana tu mengapa membisu? Kenapa diperak beria-ria sangat nak tunjuk hero.Dimana MT UMNO pada masa it???
UMNO/BN,GPMS DAN TV3 SEMUA HIPOKRIT.........
YB Ir Mohd Nizar Jamalludin
ALLAH SENTIASA BERADA DIKALANGAN ORANG YANG BENAR

AL FATIHAH...

Masih belum terlambat bagi saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyaham Roslan Shaharum dan mensedekahkan al fatihah kepada arwah yang telah pergi menghadap Allah S.W.T, beliau telah berjuang ke jalan Allah semoga dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman insyallah...

Ahad, 8 Februari 2009

PERUTUSAN MB PERAK...

Bismilahir Rahmanir Rahim.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti.
Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO
Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana.
Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.
Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.
Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya.
Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.
Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga.
Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

MARA..REFORMASI....HANCURKAN...UMNO/BN..

Kebangkitan Reformis sudah tidak dapat dibendung lagi rakyat perak sudah terlalu benci jijik melihat orang no 2 negara ini.hari ini dalam sejarah apabila gambar beliau dipijak menampakan bertapa marahnya mereka kepada beliau yang merampas krajaan PR dengan terlalu kotor.Mengapa Najib tidak datang pada hari terbuka new year diperak adakah takut selipar jepun hingap ke muka beliua sebagai mana yang terjadi di U.S jawapanya sudah tentu,rakyat perak sudah teramat marah dengan tindakan beliau yang bergitu rakus untuk mengambil alih kerajaan pinpinan Yb Ir Nizar Jamalludin tidak kira berapa banyak duit yang di tabur kepada pengkiyanat dari behrang,ghkt jering,jelapang dan bota.Berapa juta salah seorang mereka peroleh? Berapa banyak projek yang akan diberi? Berapa banyak duit rakyat yang telah habis? Adakah peminpin serupa ini yang dimahukan oleh rakyat-rakyat perak yang menyokong UMNO/BN peminpin yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.Ayuh bangkit la rakyat perak tentanglah pengkiyanat-pengkiyanat yang meminpin kearah kehancuran rakyat dan agama,saya berdoa agar rakyat yang menyokong UMNO/BN terbuka hati untuk menyokong PR yang jauh lebih baik dari UMNO/BN dan berharap UMNO/BN akan leyap didunia.




HIDUP PAKATAN RAKYAT...


HIDUP ISLAM...


ALLAHUAKBAR...

Jumaat, 6 Februari 2009

KEKEJAMAN REJIM UMNO/BN TERHADAP ISLAM

"Ya Allah Tunjukkanlah Bertapa Besarnya Kuasamu Terhadap Manusia Yang Meruntuhkan Agamamu" Sahabat-sahabat seperjuangan marilah kita berdoa kepada Allah yang maha esa bagi membantu kita semua menegakkan agamanya,agar dapat menjatuhkan kerajaan yang mementingkan harta benda semata-mata.Lihat lah bertapa kejamnya kerajaan yang akan dilantik diperak mempergunakan kuda-kuda mereka,bagaimana kejamnya mereka memukul dan menolak orang-orang tua mungkin sebaya dengan ayah dan ibu kita juga mungkin ayah dan ibu bapa sahabat seperjuangan.Adakah? golongan ini yang diambil untuk menjadi peminpin kepada kita semua,marilah kita beramai-ramai terus berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang baru dilantik UMNO/BN dan terus meleyapkan dari muka bumi,lihatlah di web ini bertapa kejamnya rejim-rejim UMNO/BN.



HIDUP PAKATAN RAKYAT HIDUP ISLAM....

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR....

MENTERI BESAR YANG DISAYANGI RAKYAT





Assalamualaikum...kepada MB Perak yang disayangi rakyat harap bersabar dengan apa yang berlaku,walaupun kiter telah memcuba untuk mendapatkan balik kerajaan PR tetapi gagal,kite hanya mampu berdoa agar kerajaan perosak bangsa perompak wang rakyat tidak akan bertahan lama.Kiter akan terus berusaha sedaya mungkin bagi mengembalikan semula kerajaan PR.YAB Ir Muammad Nizar Jamaludin jasamu dalam membentuk dan merangka segala di negeriku perak akan ku kenang sampai bila-bila,engkaulah MB berjiwa rakyat yang disayangi oleh rakyat diperak.Apakan daya segala usaha UMNO yang ingin menjatuhkan kerajaan PR telah berjaya memgambil 3 adun dari PR adun ini adalah pembelot kepada rakyat yang telah mengundinya atas parti PKR dan DAP.Mereka bertiga berjuang demi hantar dan wang ringgit bukan demi rakyat,kiter berharap UMNO tidak akan bertahan lama lagi dimalaysia kite terus meleyapkan UMNO dari muka bumi ini hancur BN/UMNO...

Khamis, 5 Februari 2009

JOM HEBOH....


Ceramah Isu Terkini di Perak
Oleh YB SAARI SUNGI
(Adun Hulu klang,Selangor)
Mazlan Aliman
(Ketua Penerangan PAS Johor & AJK Pas Pusat)
6.2.2009 Jumaat 9 Malam
Jln Denai 2,Kempas,JB

MARILAH KITER BERAMAI-RAMAI BERMUNAJAT...SEMOGA ALLAH S.W.T MERESTUI..


Munajat PerdanaMempertahankan
Kerajaan Pakatan Rakyat
Negeri Perak Darul Ridzuan
5 Februari 2009 (KHAMIS)
7.00 Malam - 11.00 Malam
Kediaman MB Perak,
IpohACARA :Mula Solat Maghrib,
Bacaan Yasin, Solat Isya', Solat Hajat,
Ceramah Tetamu : Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat,
Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Rabu, 4 Februari 2009

CHEDET..BUAT PENDEDAHAN...


RASUAH UMNO
By Dr. Mahathir Mohamad on February 3, 2009 4:16 PM

1. Semasa bahagian-bahagian UMNO sedang menamakan calon untuk jawatan-jawatan parti, terdapat laporan bahawa Jawatankuasa Disiplin telah terima lebih daripada 900 aduan berkenaan dengan rasuah.

2. Tetapi hingga kini tidak ada apa-apa pun berita tentang tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Disiplin atau mana-mana pihak.

3. Sekarang kita dengar cerita lain pula. Wakil-wakil Bahagian yang akan hadir Mesyuarat Agong pada bulan Mac sudah pun ditentukan oleh bahagian-bahagian. Mereka terdiri daripada ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda dan tujuh orang yang dipilih dalam mesyuarat bahagian yang lalu. Jumlah 11 orang semuanya.

4. UMNO mempunyai lebih kurang 190 bahagian, bermakna jumlah wakil ke Mesyuarat Agong adalah seramai 2,090 + ahli Majlis Tertinggi.

5. Sasaran rasuah ialah kepada 2,090 wakil ini. Saya dengar (tetapi saya tidak percaya) sudah ada calon bagi jawatan tertentu yang sudah beri elaun bulanan kepada sebilangan besar daripada 2,090 wakil ini. Bahagian mereka mencalon calon-calon tertentu tetapi yang akan undi dalam Mesyuarat Agong ialah perwakilan. Dan mereka yang dapat elaun mungkin (mungkin sahaja) akan undi calon yang memberi elaun kepada.

6. Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah.

7. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan.

8. Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh Kerajaan pimpinan perasuah.

9. Saya tanya jika tidak ingin apakah yang mereka boleh buat?

10. Mereka akan perhati dengan teliti pemilihan pemimpin UMNO bulan Mac ini.

11. Jika perwakilan UMNO memilih orang yang diketahui umum mengguna wang untuk dapat undi dan menjadi pemimpin UMNO mereka akan tentukan UMNO dan Barisan Nasional akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

12. Bolehkah mereka berbuat demikian? Jawab mereka lihat sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke-12. BN kalah di lima buah negeri dan tidak dapat 2/3 di Parlimen kerana mereka memberi undi mereka kepada parti lawan.

13. Undi mereka, kata mereka adalah undi penentu. UMNO tidak boleh menang kerana undi ahli-ahli UMNO sahaja. UMNO perlu undi pengundi yang bukan ahli.

14. Kata mereka bukan sahaja yang bebas tidak akan beri undi pada calon pilihanraya UMNO, tetapi ramai juga ahli UMNO yang kecewa kerana kelakuan ahli dan pemimpin UMNO yang tidak akan mengundi calon UMNO dan BN. Mereka yakin kalau mereka percaya pemimpin UMNO yang dipilih Mac ini adalah perasuah, mereka akan tentukan UMNO akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

15. Pendapat ini disuarakan juga oleh orang Cina dan India. Kalau yang akan pimpin UMNO lepas Mac ini adalah yang terkenal mengguna wang untuk jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO, mereka juga akan undi parti lawan.

16. UMNO tidak perlu ambilkira pendapat mereka ini. Bukankah UMNO parti yang terkuat di Malaysia? Takkanlah UMNO boleh dikalahkan!"

BONGKOR....SIAPA SEBENARNYA..??? FIRDAUS SAHARUDDIN DAN PUZI GHAZALI





Benarkah firdaus saharuddin dan puzi ghazali adalah pegawai khas kepada kedua-dua exco tersebut yang telah membuat kenyataan kepada media yang sepatutnya dihadiri oleh kedua exco tersebut.siapakah ?yang menghantar mereka berdua bagi pihak dua exco tersebut mungkinkah? Puak-puak UMNO telah menghantar mereka bagi mengeliru rakyat sedangkan semua kepimpinan PKR tidak kenal mereka berdua,firdaus saharudin adalah kontraktor dari behrang dan juga ahli umno manakala puzi ghazali adalah kontarktor dari teluk intan juga ketua cawangan UMNO.kemanakah perginya dua exco yang sepatutnya hadir adakah mereka berdua masih hidup atau telah hancur terkena C4,tunggu kemungkin TV3 akan menyiarkan berita tentang mereka berdua sama ada sudah menjadi debu.

Selasa, 3 Februari 2009

SYABAS MB PERAK..








Assalamualaikum...syabas kepada Mb Perak dan semua Adun kerana kebijaksanan semualah UMNO berputih mata,disebabkan aku janji yang dibuat setelah selesai PRU12 terhadap Yb-yb PKR lah UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya memancing mereka untuk masuk ke parti UMNO.Diharap semua Adun-adun diperak dapat menjalankan tugas dengan ADIL dan SAKSAMA tidak terlalu mementingkan kemewahan semata-mata,laksanakan tugas dengan sebaik mungkin kerana rakyat perak telah memberi amanah yang besar terhadap kamu semua.Kepada MB Perak ini adalah ujian terhadap pakatan rakyat semoga dapat mengatasi games yang baru sahaja bermula dengan jayanya.

APE KEHELNYER YOP...






Apa sudah jadi dengan bekas adun perak,Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) yang sudah mula melatah selepas speaker dewan undangan negeri Yb V.Siwakumar telah menbuat pengumuman peletakan jawatan dua bekas adun tersebut setelah gagal dihubungi selama 5 hari,tingdakan bijak MB Perak Yb Ir.Mohammad Nizar Jamaludin yang telah menbuat surat aku janji selepas sahaja PRU12 terhadap semua adun diperak yang ingin keluar atau melompat parti perlu melepaskan jawatan tersebut.Kedua-dua bekas adun itu telah mula untuk bersuara dan menidakan tindakan speaker dewan undangan negeri tersebut,kenapa? dan mengapa? tiba-tiba sahaja mereka muncul adakah mereka takut kehilangan segala kemudahan yang diterima setelah mendapat mandat dari rakyat perak semasa PRU12 menjadi adun.Sudah terlambat bagi mereka untuk berdolak dalik kerana rakyat perak sudah benci terhadap mereka berdua,Insyallah PRK dikedua-dua dun akan dibuat dan rakyat akan menentukan siapa yang lebih layak menjadi peminpin didun tersebut,berdoalah semoga Allah memberi pertunjuk kepada kita semua rakyat perak dan rakan sepejuagan untuk menentukan siapa yang lebih layak mengisi 2 dun tersebut.