
"Akan ada ucapan beberapa pemimpin dan wakil NGO, bertujuan menunjukkan bahawa Tok Guru Nik Aziz masih menerima sokongan padu daripada rakyat negeri ini," kata Zaki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu menambah, usaha itu yang digerakkan pemimpin-pemimpin PAS negeri dengan sokongan beberapa NGO bertujuan menunjukkan kepada umum bahawa rakyat negeri Kelantan masih menyokong padu kepimpinan Nik Aziz yang kini berhadapan dengan siri kontroversi dan desakan agar meletakkan jawatan. Kelmarin Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Umno agar melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan, sebaliknya hanya akan melayan gesaan seumpama itu jika datang daripada kepimpinan PAS sendiri. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Mohamad Daud Iraqi mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai langkah mahu menyatakan sokongan padu kepada Nik Aziz untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak lima peratus daripada kerajaan pusat. Mohamad Daud berkata Dewan Ulama berpendirian untuk terus menyokong beliau mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan dan parti.
“Buat masa ini Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbiranya. “Ketokohan dan budaya pemerintahannya seperti yang ditunjukkan beliau masih menjadi contoh yang terbaik dan tetap disegani kawan dan lawan,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan