Jumaat, 20 November 2009

UMNO SEMAKIN LINGKUP BERSAMA KONCO-KONCONYA


JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM4x,xxx. Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain. Difahamkan, rundingan berkenan dilakukan selepas 18 AJK Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi meletakkan jawatan serentak minggu lalu, berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Ketua Pemuda Umno bahagian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan