Isnin, 29 Mac 2010

TGNA TETAP PILIHAN MAJLIS SYURA SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS SESSI 2010-2015


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini
.Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

 Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.
Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.
Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini..

Ahad, 28 Mac 2010


Saya menyemak berita-berita mengenai ‘Satu Malaysia’ khasnya dari laman http://www.1malaysia.com/ dari pena Najib sendiri itu.

Nah, saya terkejut bila membuat perbandingan dengan konsep ‘One Israel’ memang terdapat beberapa perkara persamaan begini:

Najib kata, “Dalam Belanjawan 2010, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk melaksanakan kaedah rawatan perubatan dan piawai paling tinggi untuk semua rakyat Malaysia, saya telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia yang baru di seluruh negara bernilai RM10 juta.

Klinik-klinik ini diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah” Sejak 28 Disember 2009, dan pembukaan perkhidmatan pertama di Lembah Pantai, 50 Klinik 1Malaysia telah dimulakan di kawasan-kawasan perbandaran yang terpilih.

Setakat ini lebih daripada 100,000 orang telah mengunjungi klinik-klinik ini (mewakili purata 80 hingga 200 pesakit bagi setiap klinik setiap hari), untuk mendapatkan rawatan mudah bagi penyakit-penyakit seperti sakit kepala dan selesema.

( ini semua untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan diskriminasi social ) dan bandingkan pula apa Barak lakukan,

“for the poor economic conditions and social discrimination they experienced during the early years of the state. Barak has used many election appearances as opportunities to tell stories about elderly women unable to get hospital treatment, and about the effects of unemployment on families, and to promise remedies. His hope is to gain a "hip-pocket vote" from some segments of the Sephardi community, and as part of this process he needs to overcome the stigma against voting Labor to do it.

Kata Najib, “Dalam satu lawatan terbaru ke Sarawak bulan lepas, saya telah berkunjung ke beberapa petempatan dan kampung di negeri itu, termasuk Nanga Tada yang terletak hampir 80 kilometer di luar Sibu, dalam usaha merapatkan jurang pemisah antara bandar dan luar bandar dalam sosioekonomi kita. Sejenak dalam lawatan itu termasuklah pertemuan singkat saya dengan pasangan Iban yang agak sudah lanjut usia, Medan anak Nunying dan isterinya Landun anak Ngumbang, yang tinggal di Rumah Meruan. Apa yang menghubungkan saya dengan pasangan yang berumur ini merupakan peristiwa paling mencemaskan dan berbahaya dalam kerjaya saya sepanjang 14 tahun menjadi Menteri Pertahanan.”

Pada Julai 2000, satu konfrontasi telah berlaku antara kumpulan penyeleweng Islam, Al-Maunah dan angkatan tentera Malaysia di Sauk, Perak. Saat mempertahankan diri, seorang komando daripada pasukan elit terbunuh ketika bertugas. Beliau ialah Askar Mathew anak Medan, anak lelaki kedua-dua pasangan lanjut usia tersebut. Turut terkorban dalan insiden yang sama ialah pegawai penyiasat polis, R. Sagadevan.

Adakah ini hampir persamaan dengan Barak yang membangkit tragedy berdarah untuk menarik sokongan ramai? Di mana mereka menggunakan pelbagai agensi dan pakar-pakar untuk menjayakan konsep itu?

Baca ini:

On top of the One Israel success and the positive polls, Barak seemed particularly pleased with the results of report by Israel’s State Comptroller, an independent auditing and investigation body, into the 1992 Tzeelim II training accident.

Barak was accused by some of the families of the 5 soldiers killed at Tzeelim of having fled the scene in his helicopter without seeing to wounded soldiers or taking one severely wound man, who later died, with him, and in newspapers reports of possibly having orchestrated an army cover-up of the circumstances behind the incident.


When the report was released on March 15, Barak told the media "The blood libel to which I fell victim for several years, as a man and as chief of staff, comes to an end today." The report exonerates him of both charges: it found that he did not leave until after all the wounded had been evacuated, and that there had been no cover-up.

Najib juga cuba menggunakan pihak agama dan cuba memancing PAS di saat bahtera mereka hampir karam. Mari kita baca tindakan Barak bagi mengatasi kelemahan partinya bagi menghadapi pilihanraya berikutnya.

Levy is of Moroccan origin, and himself the product of one of the poorer Sephardi neighbourhoods. He was originally a protege of Likud Prime Minister Menachem Begin, but after Begin’s departure from the political scene, came into conflict with his successors, Shamir and Netanyahu, over social welfare for his constituents and his own ambitions within the Likud party.

This eventually led to the formation of his Gesher party, first as a faction within the Likud and later as an independent party. Conflicts over Netanyahu’s failure to implement promised social spending led Levy to leave the governing coalition last year. Barak has been reaching out to Sephardi voters since his selection as Labor leader, for instance, by offering a public apology for Labor’s past policies, and clearly hopes that the addition of Levy and Gesher can win him some votes in the Sephardi sector.

One Israel faces significant competition for Sephardi votes from the Centre Party leader Yitzhak Mordechai, a Kurdish Sephardi, and the religious Shas party, which is able to garner almost all the religious Sephardi vote. Meimad, it is also hoped, can attract some religious voters to Labor. Religious voters, who are about 20% of the Israeli population, are even less likely to vote for Labor than Sephardi voters. In many religious neighbourhoods in 1996, votes were 98% for Netanyahu, and only 2% for Labor leader Peres.

For its future political survival Labor must increase its vote among religious and Sephardi Israelis because demographics are against the Labor party. Political analysts say that changes in Israeli population demographics have made the right-left divide in the Israel population approximately 55%-45% since the late 1970s. And since this period, the Likud has come out ahead in most of the elections.

Furthermore, the faster population growth in the religious and Sephardi communities, as well as the influx of immigrants from the Soviet Union, is making matters worse for Labor as time passes. Unless Labor can re-position itself to capture larger segments of these three communities, it may gradually drift into perpetual opposition and political irrelevance.


Saya kira beberapa pekara di atas memang ada persamaan, sudah terang lagi bersuluh. Dengan konsep ‘One Israel’ itu Barak dengan Parti Buruhnya berjaya dalam pilihanraya berikutnya menentang Netanyahu.

“In the run-up to the election, surveys predicted the party would win 33 seats. However, although One Israel did emerge as the largest faction in the Knesset, its 26 seats was the lowest ever by a winning party (Labor's 34 in the 1996 elections whilst running alone had been the previous low). Of the 26 seats, Labor took 22, Gesher 3 and Meimad one”.
Sila baca lebih lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel dan http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html pihak Pakatan perlu menyimpan maklumat ini segera kerana hantu-hantu BN pasti membuat sesuatu untuk mengelakkan orang ramai akses laman-laman ini. Saya tgk carian melalui Google sukar selepas Anwar menyarankan orang ramai mendapatkan maklumat tentang One Israel.

KEADILAN UNTUK SEMUA

"Pemikiran orang Melayu telah diasak bertubi-tubi oleh bangsanya sendiri dengan retorik klise yang tiada lain hanya untuk menakut-nakutkan mereka. Orang Melayu yang sudah cerdik akan loya dengan ketidakcerdikan pemimpin mereka itu.

Cara sedemikian telah digunakan oleh Datuk Onn untuk menggagalkan gagasan Malayan Union. Takkanlah sampai era globalisasi sekarang ini cara yang sama masih boleh digunakan. Tidak terfikirkah mereka bahawa golongan bukan Melayu sedang mentertawakan kebebalan mereka.

Majoriti orang Melayu telah menerima kenyataan tentang kegagalan UMNO membela nasib Melayu kerana mereka khianat. Mereka buat Dasar Ekonomi Baru (DEB)yang kononnya hendak mempertingkatkan ekonomi orang Melayu. Hasilnya apa? Orang Melayu dapat 19%, orang Cina dapat 40%. Mengapa terjadi demikian? Orang UMNO sendiri yang kata pemimpin mereka rasuah, mengamalkan kronisme, tidak amanah, tiris, dan berbagai-bagai lagi. Akhirnya rakyat tahu kecurangan mereka dan berhenti memberi sokongan kepada UMNO.

Dalam kelemasan itu, Dr. Mahathir kata UMNO busuk hingga ke ususnya. Tuduhan ini berat. Pemimpin UMNO tidak berkata apa-apa pun. Najib memang tidak berani menyanggah kata-kata Mahathir. Dia sudah melihat nahasnya. Kesannya ialah kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin membesar. Keupayaan pemimpin UMNO untuk berfungsi dengan baik dalam hal kepemimpinan dipersoalkan sepanjang masa.

Kini Mahathir kata, "Kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO sebagai pelindung nasib mereka terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri. Sebab itu banyak NGO Melayu tumbuh."

Majoriti orang Melayu akan terima kenyataan bahawa UMNO tidak melindungi orang Melayu. Pada masa yang sama, mereka tahu kenyataan yang kedua itu memang pure retoriknya. Banyak benda yang tersirat di dalamnya. Mampukah Melayu berdiri sendiri dengan perolehan 19% DEB itu? Kalau UMNO sudah bankrap dalam hal tolong Melayu, tiada saluran lainkah untuk mereka? Jawapannya ada tetapi disembunyikan oleh Mahathir. Sepatutnya dia kata begini, "Kalau UMNO sudah tiada upaya berbuat demikian, carilah parti lain, sokonglah parti itu." Kalau berani sebut nama parti itu sekali.

Demikianlah bercelarunya pemikiran pemimpin Melayu yang dikuasai emosi bukan kebijaksanaan. Ketika Melayu-Islam di Malaysia beralih arah kepada perjuangan yang berteraskan keadilan Islam dan semakin mendapat dokongan golongan bukan Islam, UMNO menyentak sensitiviti umat Islam dengan melantik firma Yahudi mengendalikan sistem komunikasi secara menyeluruh di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, mereka mempropagandakan tentang kewujudan golongan yang berani membuat tuntutan yang tidak sepatutnya semata-mata kerana UMNO lemah. Siapa yang berani membuat tuntutan itu tidak disebut. Bentuk tuntutan yang dibuat juga tidak disebut. Teknik dan taktik usang ini masih digunakan sampai ke zaman ICT. Begitu sekali mereka merendah-rendahkan kebolehan berfikir rakyat. Lihatlah kebolehan nombor wahid pemimpin Melayu memfatamorganakan sesuatu yang jauh dari hakiki. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemai benih kebencian terhadap golongan misteri itu. Persepsinya akan menjadi berbagai-bagai. Di sinilah akan bermulanya syak wasangka terhadap sesuatu. Fenomena ini bahaya untuk masyarakat majmuk di Malaysia. Usahlah bermain api. Majoriti rakyat Malaysia sudah tahu UMNO itu rasis yang tidak tolong bangsanya sendiri dan selepas itu menuduh pihak lain yang buat taik.

Rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan keamanan wajib mencampakkan rasis jauh-jauh daripada kehidupan mereka. Mereka tiada pilihan selain daripada bersatu padu secara tulen sebagai bangsa Malaysia. Setiap orang dilayan menurut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Hak semua kaum telah dimaktubkan di dalamnya dengan cantik, jelas, dan tersusun. Kita tentang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir sekiranya ada sesiapa yang mahu merombak dan menghancurkannya. Kita singkirkan golongan yang dengan sengaja menimbulkan ketakutan dalam diri orang Melayu semata-mata untuk menaikkan sentimen perkauman dan menarik sokongan kepada parti yang sudah berkali-kali mengkhianati bangsanya sendiri.

Apabila negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, itu bererti rakyatnya telah dijanjikan kesejahteraan, sesuai dengan maksud Islam itu sendiri. Islam tidak pernah menganiayai sesiapa. Yang selalu menganiaya bangsa sendiri ialah golongan yang berpegang kepada sifat perkauman, sekular, dan materialistik. Kita mesti junjung konsep keadilan dalam Islam. Kita mesti menolak sekularisme yang jauh dari agama. Kita mesti tolak materialisme yang mencambahkan keserakahan, rasuah, kronisme, nepotisme, dan segala macam kemungkaran.

SELAMATKAN MALAYSIA

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh
Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional


Selangor


Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.
Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.

Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.-Harakahdaily